Cari @ Amanz

Google Fit untuk iOS kini telah dikemaskini, sekaligus membolehkan para pengguna iPhone untuk menyemak kadar denyutan nadi dan juga kadar pernafasan dengan mudah melalui penggunaan kamera iPhone sahaja.

Kemaskini baharu ini menambah dua pilihan, dimana yang pertama membolehkan anda menyemak kadar denyutan nadi menggunakan kamera iPhone. Pengguna hanya perlu aktifkannya, dan seterusnya meletakkan jari pada sensor kamera iPhone di belakang.

Selepas seketika, ia akan mulakan bacaan, dan paparkan kadar denyutan nadi pengguna pada skrin. Ciri ini turut boleh digunakan tanpa keperluan sambungan internet.

Pada masa yang sama,  pengguna turut boleh menggunakan ciri menyemak kadar pernafasan dengan menggunakan kamera hadapan. Google mengimbas gerakkan dada pengguna yang sangat minimal dalam mengenal-pasti kadar pernafasan berkenaan.

Langkah ini akan memudahkan pengguna melakukan imbasan dan semakan bila-bila diperlukan dengan mudah. Apa pun, hendaklah diingati yang mana Google menyatakan keputusan ini tidak boleh digunakan untuk tujuan perubatan dan diagnosis.

Bagi anda yang menggunakan iPhone, boleh mengemaskini aplikasi Google Fit anda, dan menikmati ciri baharu ini hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd