Carian
Pengasas Signal : Aplikasi Telegram Pilihan Terburuk Untuk Privasi Dan Simpanan Data
December 26, 2021 Aman

Telegram merupakan salah satu aplikasi permesejan yang digunakan ramai, sebagai alternatif untuk WhatsApp. Namun, bagaimanakah penawarannya dari segi privasi dan simpanan data.

Menyentuh mengenainya, pengasas aplikasi Signal, mengatakan aplikasi Telegram menawarkan sejumlah ciri-ciri menarik, namun dari segi privasi dan pengumpulan data, ia adalah pilihan paling buruk.

Telegram dikatakan menyimpan semua data termasuk mesej yang pernah dihantar dalam bentuk teks biasa pada pelayan – dan tidak disulitkan. Ini bermakna, semua perkaara yang dihantar dan dilihat pada peranti anda – turut boleh dilihat oleh pihak Telegram.

Ini sekaligus membuatkan ia mungkin kurang privasi berbanding aplikasi lain seperti Signal dan juga WhatsApp.

Untuk makluman, Telegram menawarkan ciri penyulitan untuk permesejan, tetapi ia perlu diaktifkan secara manual, lebih kurang seperti Facebook Messenger.

Dengan perkongsian ini, adakah ia akan memberikan impak terhadap anda dalam penggunaan Telegram?

Komen