Empat Fungsi Unik HarmonyOS 2 Yang Terdapat Pada Huawei P50 Pro

Diterbitkan pada Dis 27, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Apabila Huawei membuat kemunculan kembali dengan peranti terbaharu mereka pada tahun ini antaranya nova 9 dan Huawei P50 Pro, mereka turut menampilkan sistem operasi terbaharu iaitu HarmonyOS 2. Dihalang dari menggunakan Android berikutan sekatan ekonomi tidak melumpuhkan keupayaan teknologi mereka dalam membangunkan perisian terbaharu yang tersendiri dan berprestasi tinggi. 

Kami sendiri telah menggunakan Huawei P50 Pro dan boleh dikatakan, terdapat beberapa fungsi yang boleh diketengahkan kepada anda. 

Atomic Service Memberikan Maklumat Pantas

Widgets merupakan sejenis komponen paparan antaramuka bagi memaparkan pelbagai informasi, tanpa perlu melancarkan aplikasi tersebut. Pelbagai sistem operasi mempunyai widgets-nya yang tersendiri dan bagi HarmonyOS, Service Widgets yang dibawakan mereka boleh dikategorikan mengikut citarasa anda.

Sebagai contoh, anda boleh meletakkan ramalan cuaca, widget untuk melancarkan nota, dan juga paparan maklumat kesihatan peribadi. Kesemua widget ini akan dikemaskini secara berkala, memberikan maklumat penuh kepada anda tanpa perlu melancarkan aplikasi untuknya.

Akan tetapi lebih menarik lagi jika anda bukan penggemar Service Widgets, Atomic Services membolehkan anda melihat informasi atau fungsi berkaitan, dengan satu gerakan. Gerakkan jari pada aplikasi yang anda pilih, dan ia akan membuka widget buat sementara dan anda bukan sekadar mendapat maklumat, bahkan dapat mengawalnya.

Seperti contoh jika anda menatal keatas pada ikon aplikasi gambar, ia akan memaparkan gambar terakhir yang ditangkap. Manakala bagi aplikasi Muzik, terdapat paparan mengenai muzik yang sedang dimainkan, dan paparan MeeTime Call boleh memperlihatkan siapa yang anda ingin hubungi dengan pantas.

Atau jika anda ingin berlari tetapi tidak mahu melancarkan aplikasi kesihatan, hanya perlu menatal keatas pada ikon aplikasi kesihatan, dan akan terdapat pilihan jika anda ingin mula menjejak larian anda. Ini sekaligus menjimatkan masa anda tanpa perlu melancarkan aplikasi. 

Super Device – Lihat Peranti HarmonyOS Disekeliling Anda. 

HarmonyOS bukan sahaja tersedia untuk telefon pintar, malah pelbagai lagi peranti seharian. Menariknya pada Huawei P50 Pro ini, anda hanya perlu menatal kebawah dari bahagian kanan-atas skrin anda, dan paparan Control Panel akan hadir.

Disini, terdapatnya kesemua kawalan telefon pintar, termasuklah bahagian Super Device yang boleh terus mengesan peranti berhanpiran yang menyokong HarmonyOS. Ia memudahkan tambatan pantas, dan tidak seperti prosedur biasa yang memerlukan anda menghidupkan dan menetapkan fungsi Bluetooth. Perlu diingatkan, kesemua peranti ini memerlukan penggunaan Huawei ID yang sama.

Drag-To-Connect Memudahkan Tambatan & Multi-Screen Collaboration

Bagi menambat peranti, anda hanya perlu menyeret ikon peranti disekeliling anda kepada ikon Huawei P50 Pro, dan tambatan dapat dilakukan dengan mudah. Keseluruhan langkah ini adalah lebih mudah dan harus dipuji. 

Lebih dari itu, tambatan kombinasi Super Device dan Drag-To-Connect ini turut membolehkan pelbagai fungsi dan keupayaan yang lain. Jika pengguna menyeret ikon komputer atau tablet, ia akan membolehkan fungsi Multi-Screen Collaboration dilancarkan.

Hanya dari Huawei P50 Pro dan menggunakan fungsi ini, komputer Huawei MateBook atau tablet Huawei MatePad malah skrin MateStation dapat ditambat dan menjadi skrin tambahan untuk telefon pintar ini. Fail storan telefon ini juga akan muncul pada komputer/tablet tersebut, memudahkan akses serta pemindahan fail. 

Dan jika anda menambat telefon yang menyokong HarmonyOS2 kepada Huawei P50 Pro, ia akan membolehkan peranti tersebut menjadi Kamera Berhubung dengan Mod Multi-cam

Mod Multi-cam Membolehkan Dua Peranti Huawei Menjadi Kamera Berhubung

Sekiranya anda mempunyai dua atau lebih telefon pintar yang dikuasakan HarmonyOS 2, anda boleh melancarkan Mod Multi-Cam. Mod ini membolehkan peranti kedua dijadikan sebagai paparan dan kawalan untuk peranti pertama, atau kedua-dua peranti boleh beroperasi serentak, bagi menangkap sudut pandangan yang lain.

Pada gambar diatas, ia adalah Huawei P50 Pro yang sedang mengawal kamera Huawei nova 9 yang turut dikuasakan HarmonyOS 2. Dengan langkah sebegini, anda dan rakan anda dapat mengambil gambar berkumpulan dengan mudah. 


Ini hanyalah beberapa fungsi khas yang semestinya membantu pengguna HarmonyOS 2. Dan dengan Huawei P50 Pro yang merupakan peranti kelas tertinggi yang ditawarkan Huawei buat masa ini, pastinya dapat memberikan kelainan kepada pengguna. 

komen


© Amanz / 2022 Kami