Cari @ Amanz

Apabila tahun bakal berakhir, pelbagai promosi ditawarkan oleh jenama telefon pintar. Oppo yang tahun ini aktif bukan sahaja dalam menawarkan peranti mereka, bahkan telahpun mengadakan pertandingan fotografi, kini turut menawarkan tiket ke Taman Tema Genting dengan pembelian peranti terpilih untuk waktu terhad.

Bermula dari 15 Disember sehingga 14 Januari 2022, peranti Oppo terpilih turut ditawarkan dengan aksesori dan juga kotak cenderahati yang menarik. Antaranya termasuklah:

  • Oppo Find X3 Pro 5G (RM 4,299) – Percuma pengecas nirwayar dalam bentuk lampu meja (bernilai RM 279)
  • Oppo Reno6 Pro 5G (RM 2,999) – Dengan rebat RM100 dan kotak cenderahati Reno6 (bernilai RM 277)
  • Oppo Reno6 5G (RM 2,399) – Dengan rebat RM 100 dan kotak cenderahati Reno 6 (bernilai RM 277)
  • Oppo Reno6 Z 5G (RM 1,699)- Dengan rebat RM 100 dan kotak cenderahati Reno 6 (bernilai RM 277)
  • Oppo A95 (RM 1,099) – Tambah RM1 untuk mendapatkan True Wireless Earbuds

Bagi anda yang melakukan pembelian di kedai rasmi Oppo Brand Store (OBS), terdapat promosi eksklusif dan promosi pembelian tambahan, seperti pembelian Oppo Find X3 Pro di OBS melayakkan anda untuk membeli Oppo Watch 46mm pada harga RM 899 (berbanding pada harga asal RM 999) dan baju AFF Sukuzi Cup 2020 secara percuma untuk pembelian Oppo A95.

Bagi melayakkan anda memperoleh tiket percuma ke Taman Tema Genting, anda haruslah mendaftar keahlian My OPPO Members, dimana anda juga akan memperoleh pelbagai lagi baucar, dan juga berpeluang dalam cabutan bertuah Oppo yang menawarkan sejumlah hadiah lumayan, selagi stok masih ada.

Promosi ini juga terdapat secara atas talian dan juga di kedai rasmi Oppo seluruh Malaysia, serta Shopee, Lazada and Astro Go Shop.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd