Google Dan Meta Disaman Kerana Gagal Memadamkan Kandungan Yang Diharamkan Kerajaan Rusia

Diterbitkan pada Dis 27, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Tidak lama dahulu, kami ada melaporkan bahawa kerajaan Rusia telahpun menyaman syarikat-syarikat seperti Google dan Facebook kerana gagal memadam kandungan yang diharamkan oleh kerajaan tersebut. Saman tersebut dilihat kecil dan tidak diendahkan oleh syarikat-syarikat ini.

Terkini, Rusia dilihat telah memindakan undang-undang negara tersebut untuk membolehkan mereka mengeluarkan saman yang lebih besar kepada syarikat-syarikat ini. Dan kini, dengan undang-undang baru tersebut, kerajaan tersebut sekali lagi dilihat menyaman Google dan Meta untuk perkara yang sama.

Menurut laporan Reuters, Google disaman sebanyak $98 juta (~RM401 juta) dan Meta sebanyak $27 juta (~RM113 juta) dengan alasan yang sama baru-baru ini, apabila mereka dilihat masih tidak memadamkan kandungan yang diharamkan tersebut.

Menurut laporan Reuters, Meta, yang merupakan ibu syarikat Facebook dan Instagram masih hadir dengan 2000 kandungan yang diharamkan, manakala Google dilihat masih memaparkan 2600 kandungan yang diharamkan.

Kedua-dua Google dan Meta dikatakan sedang mengkaji undang-undang baru ini, dan hanya akan menjawab permintaan kerajaan Rusia setelah memahami apa yang sedang diminta.

Sumber: Reuters

komen


© Amanz / 2022 Kami