Samsung Mungkin Menggantikan Penggunaan Android Kepada Fuchsia

Diterbitkan pada Dis 27, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Samsung sedia menjadi antara penyumbang Fuchsia utama sejak daripada pertengahan tahun 2021 ini. Selari dengannya, kini hadir desas-desus baru mengatakan Samsung kini sedang melihat kepada untuk gantikan penggunaan Android dengan sistem operasi Fuchsia.

Untuk makluman, Fuchsia OS merupakan salah satu sistem operasi baharu yang sedang dibangunkan secara sampingan oleh pihak Google. Ia dilihat akan mengabungkan pelbagai kelebihan daripada sistem Android dan Chrome OS pada hari ini.

Fuchsia dikatakan lebih fleksibel dan dioptimasikan untuk penggunaan masa-nyata, termasuk menawarkan kemudahan kemaskini yang lebih baik.

Fuchsia berasaskan kepada kernel dinamakan Zircon, yang diinspirasikan daripada Unix.

Berbalik kepada laporan awal, Samsung sedia menjadi antara penyumbang dalam pembangunan Fuchsia, dan kini diperkatakan bakal menggantikan penggunaan Android dengan Fuchsia dalam beberapa tahun lagi.

Proses peralihan ini dijangka akan mengambil masa beberapa tahun lagi – apatah lagi dengan Google sendiri belum mula mempromosikan sistem operasi generasi baharu ini secara menyeluruh buat masa ini.

komen


© Amanz / 2022 Kami