Aksesori Audio Baharu Xiaomi Turut Akan Diperkenalkan Pada 28 Disember Ini

Diterbitkan pada Dis 27, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Tahun 2021 bakal melabuhkan tirainya kira-kira beberapa hari lagi, namun itu tidak menghalang Xiaomi untuk hadir dengan penawaran produk baharu buat pengguna. Sebuah acara pelancaran produk telah dijadualkan berlangsung pada 28 Disember ini dan mereka bukan sekadar hadir dengan peranti pintar dan jam tangan pintar. Sebaliknya, rangkaian aksesori audio Xiaomi turut akan dikemaskini.

Ia berikutan terdapatnya poster acah baharu yang telah dimuat-baik menerusi Weibo, sebentar tadi. Ia menunjukkan fon telinga dengan kemasan serba hitam. Dari segi reka bentuk, ia menampilkan fon jenis dalam telinga bersama pod pengecas yang berbentuk bujur. Seterusnya, bahagian hadapan pod pengecas juga terdapatnya satu lampu indikator. Di mana, ia mungkin berfungsi sebagai penunjuk status tambatan dan bateri.

Setakat ini, tiada butiran mengenai spesifikasinya yang dikongsi. Tetapi, fon telinga ini dikatakan bakal menyokong sistem pembatalan hingar yang dipertingkatkan bersama audio HiFi untuk pengalaman pendengaran audio lebih baik. Fon telinga ini juga mungkin dinamakan sebagai Mi True Wireless 3 dan segala tentangnya bakal terjawab esok. Nantikan.

Sumber : Weibo Xiaomi

komen


© Amanz / 2022 Kami