Celcom Turut Menawarkan Gantian Modem Dan Penghala Terjejas Banjir Secara Percuma

Diterbitkan pada Dis 28, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Celcom kini mengumumkan bagi mereka yang terjejas dengan banjir, dan mengalami kerosakkan untuk modem atau penghala, Celcom akan menawarkan gantian untuknya secara percuma.

Dengan langkah ini, mereka yang terjejas dengan banjir boleh menggantikan AX Router atau Home Wireless Modem secara percuma.

Anda hanya perlu menghubungi Celcom di talian 1111 atau 019601111 untuk proses lanjut berkaitan dengan gantian ini.

komen


© Amanz / 2022 Kami