Cari @ Amanz

Bencana banjir yang melanda beberapa negeri di Malaysia menyebabkan kerosakan yang besar dan sehingga kini masih belum nampaknya akan berakhir kerana hujan yang masih berhenti. Pelbagai usaha dilakukan oleh kerajaan, NGO dan individu untuk membantu mangsa yang terjejas. Hari ini Google menyumbangkan lebih RM460,00 kepada usaha bantuan banjir di Malaysia.

Google.org, badan filantropi Google menyediakan sokongan kewangan untuk membantu mereka yang terjejas oleh krisis tersebut dalam dua cara:

  • Geran bernilai RM420,800 akan disumbangkan kepada Center for Disaster Philanthropy (CDP), sebuah organisasi perantara yang tertumpu khusus kepada pengedaran sumbangan kepada organisasi-organisasi bukan berasaskan keuntungan yang bekerja untuk menyokong usaha bantuan dan pemulihan. Dana tersebut akan digunakan oleh CDP untuk menyediakan subgrant kepada organisasi-organisasi tempatan di lapangan yang membantu komuniti-komuniti terjejas untuk pulih dan bangun semula dari krisis banjir tersebut.
  • Kempen derma di kalangan pekerja dalaman untuk Mercy Malaysia telah dilancarkan bagi menggalakkan kakitangan Google untuk menderma dan mempunyai sumbangan mereka dipadankan oleh Google. Setakat ini, Googlers telah menyumbang lebih daripada RM40,000 dalam bentuk sumbangan dan padanan.
gle

Selain itu sebagai sebahagian daripada usaha tindak balas krisis, Google telah mengaktifkan notifikasi SOS bagi membantu komuniti yang terjejas serta kenalan mereka mendapat akses kepada maklumat keselamatan yang boleh dipercayai menggunakan Google Search dan Google Maps. Sebelum ini Tim Cook mengumumkan bantuan kepada Malaysia dan Filipina bagi pihak Apple kerana bencana diakibatkan oleh Taufan Rai.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd