Cari @ Amanz

Cakera keras semakin banyak digantikan dengan SSD yang lebih pantas pada komputer. Walaupun pantas kerana harganya yang mahal, ramai masih menggunakan cakera keras sebagai storan sekunder kerana mempunyai ruang yang lebih besar. Antara isu paling menakutkan pemilik komputer ialah cakera keras yang mati secara mengejut menyebabkan semua data yang disimpan hilang.

Perisian DA Drive Analyzer telah dibangunkan oleh QNAP untuk menyelesaikan masalah ini. Ia menggunakan kecerdasan buatan untuk meramal bilakah sesebuah cakera keras akan mengalami kegagalan. Selepas perisian dipasang, ia akan menganalisa cakera keras pemilik selama 14 hari.

Kemudian data akan sentiasa dibandingkan dengan data dari jutaan cakera keras dalam pangkalan data. Berdasarkan prestasi cakera keras, ia boleh meramal bilakah kegagalan akan berlaku sekaligus membolehkan pemilik melakukan sandaran data sebelum terlambat.

Perisian walau bagaimanapun hanya boleh digunakan oleh pengguna QNAP NAS dengan bayaran bulanan $5 dikenakan setiap bulan untuk setiap cakera keras.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd