Oppo Mempatenkan Rekaan Tiga Telefon Pintar Dengan Skrin Sekunder Di Belakang

Diterbitkan pada Dis 28, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Oppo kini semakin agresif menghasilkan peranti inovatif bagi membolehkan ia bersaing dengan pengeluar lain. Tahun ini Find N mendapat pujian kerana ia dilihat sebagai peranti skrin boleh-lipat paling praktikal pernah dihasilkan setakat ini. Tahun hadapan mungkin mereka akan melancarkan lebih banyak peranti dengan rekaan unik jika paten yang difailkan menjadi realiti.

Paten rekaan tiga telefon pintar ini ditemui oleh laman LetsGoDigital. Ketiga-tiga skrin besaiz kecil dan hanya cukup untuk paparan notifikasi dan mengambil gambar swafoto. Mereka belum pernah lagi menghasilkan peranti dengan rekaan seperti ini. Setakat ini hanya Meizu dan Xioami pernah menawarkan peranti dengan rekabentuk candybar seperti ini dengan Huawei, Samsung dan Motorola pula menawarkannya pada peranti skrin boleh-lipat.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2022 Kami