Motorola Razr 3 Sedang Dibangunkan – Lebih Berkuasa Dan Akan Hadir Dengan Rekaan Baharu

Diterbitkan pada Dis 28, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Motorola Razr adalah antara telefon terawal yang saya gunakan. Semasa zaman persekolahan, peranti-peranti yang ibu dan ayah saya gunakan akan diturunkan kepada anak-anak. Saya menggunakan peranti ini sekitar dua tahun sebelum tukar kepada peranti lain.

Razr adalah satu telefon yang boleh dilipat. Tetapi model awal bukannya seperti yang kini menjadi trend. Motorola Razr dengan skrin boleh-lipat sudah ada dua generasi satu dengan Snapdragon 710 dan satu lagi Snapdragon 765G untuk sokongan 5G.

Terkini, Motorola menyatakan yang mereka sedang membangunkan Razr 3. Model ini dikatakan akan lebih berkuasa dengan cip pemprosesan baharu, perisian juga akan hadir dengan antaramuka baharu dan peranti ini turut akan hadir dengan rekaan yang lebih baru.

Buat masa ini, ia masih lagi berada di fasa awal. Jadi masih tiada butiran jelas mengenai peranti ini. Huawei, Oppo, Samsung, Xiaomi, TCL, dan juga Royole adalah antara jenama yang sudah hadir dengan peranti seperti ini. Motorola perlu hadir dengan sesuatu yang hebat yang boleh bersaing dengan semua peranti yang sedia ada di pasaran jika inginkan peranti mereka laku.

komen


© Amanz / 2022 Kami