Zoom Mengambil-alih Liminal – Syarikat Disebalik Fungsi ZoomOSC Dan ZoomISO

Diterbitkan pada Dis 28, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Zoom, syarikat teknologi perisian telesidang yang terkemuka dilihat berkembang dengan agak pesat kebelakangan ini. Selepas mengambil-alih syarikat kecerdasan buatan yang boleh memperlihatkan sarikata dalam masa nyata, mereka kini dilihat membeli sebuah lagi syarikat untuk membantu membangunkan portfolio perkhidmatan mereka.

Zoom mengesahkan bahawa mereka telah mengambil-alih Liminal, iaitu sebuah syarikat yang telah membangunkan dua fungsi penting untuk platform Zoom, iaitu ZoomOSC dan juga ZoomISO. Pada tengah tahun ini, Zoom telah memperkenalkan fungsi Events dimana para pengguna Zoom boleh menggunakan platform telesidang tersebut untuk melakukan acara jarak jauh, dimana kedua-dua aplikasi tersebut dilihat sebagai satu cara untuk menjadikan acara-acara Zoom ini lebih menarik.

Pertama ialah ZoomOSC, ataupun Zoom Open Sound Control yang membolehkan perisian Zoom disambungkan kepada perisian pihak ketiga, pengawal audio visual dan juga mesin pelayan media. ZoomISO pula membolehkan suapan video setiap peserta dalam telesidang untuk dihantar kepada penyunting video, dan membolehkan mereka menambahkan efek visual dan sebagainya pada suapan masa nyata tersebut dengan mudah.

Dengan pengambil-alihan ini, Zoom dilihat akan mengimplimentasi fungsi-fungsi ZoomOSC dan ZoomISO ini terus kedalam aplikasi Zoom untuk memudahkan penganjur acara untuk mengadakan acara atas talian menggunakan platform Zoom.

Sumber: Zoom

komen


© Amanz / 2022 Kami