Cari @ Amanz

XPG adalah jenama untuk produk-produk gaming. Antara produk mereka yang terkenal adalah tetikus dengan rekaan berlubang-lubang untuk pengalaman penggunaan yang lebih baik dan memastikan tetikus adalah ringan.

XPG Vault dan XPG Alpha adalah produk konsep yang baru sahaja mereka tunjukkan. Ia adalah tetikus memfokuskan permainan video, ia tiada lubang-lubang seperti biasa – sebaliknya hadir dengan 1TB SSD secara terbina. SSD ini juga mempunyai kelajuan 985MB/s dan menggunakan sambungan USB-C.

XPG turut akan hadir dengan perisian Gaming Launcher untuk akses permainan video yang disimpan. Kemudian XPG turut berhasrat untuk memasukkan tetikus ini dalam ekosistem produk mereka dan akan boleh dikawal dengan XPG Prime Software.

Tetikus ini masih tiada spesifikasi penuh dan harga jualan lagi. Ia masih lagi prototaip dan konsep awal. SSD pun tidak dijelaskan akan ada pilihan storan atau kekal 1TB. Apa-apa pun, XPG akan hadir CES 2022 dan tetikus ini akan ada di acara nanti.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd