Cari @ Amanz

Porsche Design ialah firma rekaan yang terlibat dalam menghasilkan peranti keluaran Huawei dan jenama mereka sendiri. Kini mereka menawarkan juga fon telinga nirwayar TWS Porsche Design PDT60 yang bukan sahaja mempunyai rekaan yang premium tetapi juga hadir ciri moden setanding TWS lain di pasaran.

PDT60 mempunyai putik audio berwarna premium dengan pad sesentuh pada bahagian sisi. Ia hadir dengan ciri pembatalan hingar aktif ANC dan menjeda muzik apabila ditanggalkan dari telinga. Dengan sekali caj ia boleh beroperasi sehingga lima jam dan sehingga 20 jam dengan bantuan pod pengecas yang diperbuat daripada logam aluminium dan kulit asli.

Putik audio melepasi piawaian IPX5 yang membolehkan ia digunakan untuk bersukan. Pengecasan semula ialah menggunakan port USB-C dan juga pengecasan nirwayar Qi. PDT60 dijual pada harga $299 (~RM1251) sebuah dalam warna perak sahaja.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd