#LG

LG Memperlihatkan Penggunaan Skrin OLED Lutsinar Di Dunia Sebenar

Diterbitkan pada Dis 28, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

LG tampil dengan tiga lagi konsep penggunaan skrin OLED lutsinar mereka sempena acara CES 2022 yang akan berlangsung bulan depan. Kali ini skrin OLED lutsinar diperlihatkan untuk kegunaan di ruangan kedai. Panel Show Window misalnya sebesar 55″ dengan tahap lutsinar 40%.

Ia boleh diletakkan di hadapan barangan yang ingin dijual bagi menarik perhatian pelanggan yang memasuki ruang pameran kedai. Empat panel Show Window boleh digabungkan untuk memaparkan grafik yang lebih besar di tingkap kedai misalnya.

Sebuah lagi konsep memperlihatkan skrin yang digantung dari para-para. Ia terdiri daripada dua skrin OLED lutsinar yang masing-masing boleh memaparkan kandungan berbeza. Skrin atas boleh memaparkan video misalnya dan bahagian bawah pula memaparkan karya seni untuk hiasan. Kesemuanya masih sekadar konsep untuk digunakan dalam ruangan kedai di masa hadapan.

LG telah mengeluarkan panel OLED lutsinar untuk kegunaan komersial sahaja setakat ini. Antara yang menggunakannya ialah muzium, pusat pameran dan stesen kereta api. Selain konsep skrin OLED lutsinar, di CES LG akan turut memperlihatkan konsep kerusi berputar dengan TV berpusing.

Sumber LG Newsroom

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2022 Kami