(Ura-ura) Oppo Enco Air2 Mungkin Dilancarkan Sekitar Februari 2022

Diterbitkan pada Dis 28, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Oppo Enco Air telah diperkenalkan secara rasmi pada sekitar Mei yang lalu. Ia membawakan rekaan fon telinga dari jenis terbuka bersama tubuh bertangkai panjang yang mempunyai panel kawalan sesentuh. Selain itu, ia juga menawarkan jangka hayat bateri yang mampu bertahan mencapai 24 jam lamanya sebelum perlu di cas semula. Di Malaysia, fon telinga ini dijual pada harga RM299 dengan beberapa pilihan warna iaitu hitam serta putih.

Oppo Enco Air

Dalam perkembangan terkini, Oppo dalam persediaan untuk hadir dengan model kemaskini buat fon telinga berkenaan. Mungkin dikenali sebagai Oppo Enco Air 2, ia dijangka diperkenalkan di India sekitar bulan Februari hadapan. Buat masa ini, tiada sebarang maklumat lanjut mengenai spesifikasi yang ditemui. Tetapi, kita boleh menyasarkan akan terdapatnya peningkatan ketara berbanding produk sedia ada. Dalam pada itu, ia juga besar kemungkinan dijual dengan tanda harga yang sama dengan pendahulunya. Namun, harga ini boleh menjadi lebih tinggi bergantung kepada naik-taraf yang ditawarkan.

Buat masa ini, belum ada sebarang informasi berkaitan tarikh pelancaran rasmi untuk fon telinga ini. Malahan, pihak Oppo sendiri masih belum membuka mulut berhubung perkara ini. Sama-sama kita nantikan perkembangan lebih lanjut.

Sumber : Mysmartprice

komen


© Amanz / 2022 Kami