Google Chrome adalah antara yang terawal sebagai pelayar web desktop yang hadir dengan permainan video ringkas dinosaur. Kemudian, Microsoft turut menawarkan permainan tersendiri dengan grafik yang lebih baik serta mempunyai warna yang ceria.
Microsoft baru-baru ini dilihat sedang menguji satu panel permainan video ringkas hadir secara terbina terus dalam pelayar web. Dengan pergi Settings > Appearance > Games button, akan ada satu ikon seakan alat kawalan permainan muncul di omnibar sebaris dengan pemalam lain.

Permainan yang ditawarkan dilihat merupakan permainan yang dibina berasaskan HTML5 seperti Arcade, Microsoft classics, Board & Card, Puzzle, Sports, Casual, Match 3 dan banyak lagi. Permainan yang ditawarkan ini turut ada dalam Microsoft Store atau kadangkala sudah sedia terpasang dalam komputer Windows.
Buat masa ini, fungsi ini masih di fasa ujian. Pengguna terpilih dapat mengujinya melalui Microsoft Edge Canary. Bila ia akan diedarkan secara meluas? Masih tidak pasti lagi. Kami yakin Microsoft juga ingin pastikan penggunaan memori terhadapa penambahan fungsi/ciri tidak akan menjejaskan prestasi fungsi lain.