Xiaomi 12 kini rasmi sebagai peranti pertama dari Xiaomi menggunakan cip Snapdragon 8 Gen 1 yang paling berkuasa setakat ini. Peranti ini dilengkapi skrin 6.28″ AMOLED FHD+ 120Hz, dijana cip Snapdragon 8 Gen 1, memori sehingga 12GB LPDDR5, storan sehingga 256GB UFS 3.1 dan bateri pula sebesar 4500 mAh yang menyokong pengecasan pantas 67W serta nirwayar 50W.
Kamera utama menggunakan sensor 50MP sudut lebar, 13MP ultra sudut lebar dan 5MP makro dengan sokongan penstabilan OIS. Sementara itu kamera hadapan pula adalah sebesar 32MP. Kamera utama mampu merakam video sehingga resolusi 8K 30FPS. Sistem pemfokusan CyberFocus turut diperkenalkan untuk penjejakan fokus objek yang pantas.
Peranti turut melepasi piawaian IP68, dilengkapi speaker stereo, menyokong Dolby Vision, audio Dolby Atmos, dan menggunakan sistem operasi MIUI 13 yang berasaskan Android 12. Ini ialah kali pertama MIUI 13 digunakan pada peranti keluaran Xiaomi. Bagi memastikan ketahanan skrin, peranti juga dilengkapi kaca Gorilla Glass Victus. Sistem speaker stereo pula ditala oleh Harman Kardon.
Di China Xiaomi 12 dijual pad harga bermula dari RMB 3699 (~RM 2428) untuk (8/128GB), RMB3999 (~RM 2625) untuk (8/256GB) dan RMB 4399 (~RM2887) untuk (12/256GB).
Sedang dikemaskini.