Carian
Xiaomi Umum MIUI 13 – Antaramuka Selari Untuk Semua Peranti, Termasuk Muka-Taip Baharu
December 29, 2021 Aman

Xiaomi hari ini telah memperkenalkan beberapa peranti baharu, dan bersama-sama dengannya, mereka memperkenalkan sistem operasi generasi baharu mereka, MIUI 13.

MIUI 13 kini meliputi bukan sahaja telefon pintar dan tablet, tetapi turut diperluaskan untuk peranti berhubung lain seperti jam tangan pintar, televisyen, speaker dan sebagainya. Dengan langkah ini, Xiaomi memudahkan pemahaman sistem operasi sama untuk pelbagai produk mereka – sekaligus memberikan pengalaman yang selari kepada pengguna peranti Xiaomi.

MIUI 13 terus menambah baik ciri-ciri teras mereka, dengan kelancaran kini ditambah-baik 52%. Disamping itu, ia turut memastikan aplikasi kekal berfungsi dengan lancar, selain dengan ciri Atomized Memory dan Liquid Storage, ia memastikan peranti dapat digunakan untuk tempoh lebih lama.

Dari segi privasi, kini MIUI 13 menyertakan integrasi pengecaman wajah, dan juga perlindungan daripada penipuan elektronik. Bersama-sama dengannya, variasi MIUI13 Pad turut diumumkan untuk tablet yang lebih dioptimasikan untuk paparan skrin besar.

MIUI 13 meneruskan penawaran ciri kustomasi untuk pengguna, membolehkan paparan diubah-suai mengikut citarasa pengguna. Melengkapkan penawaran antaramuka baharu ini adalah muka-taip Xiaomi tersendiri, dinamakan sebagai Mi Sans.

Buat masa ini, ia hadir bersama peranti Xiaomi terbaru di China, dan akan ditawarkan secara global paada suku pertama 2022 kelak.

Komen