iPhone Tanpa Slot Kad SIM Mungkin Hadir Lebih Awal – Pada iPhone 14?

Diterbitkan pada Dis 29, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Baru-baru ini, kita telah mendengar laporan mengatakan Apple sedang membangunkan iPhone tanpa ruangan atau slot kad SIM. Ini sekaligus membawa kepada rekaan iPhone yang menggunakan cip eSIM untuk tujuan rangkaian telekomunikasi.

Laporan awal mengatakan ia mungkin diperkenalkan melalui iPhone 15 pada 2023 kelak. Namun, kini hadir desas-desus baharu yang kita akan dapat melihatnya melalui iPhone 14 pada tahun hadapan, 2022.

Ini sekaligus membuatkan iPhone generasi baharu yang dijangka diperkenalkan pada September 2022 tidak akan menyertakan slot kad SIM fizikal.

Untuk makluman, desas-desus sebelum ini turut mengatakan Apple mungkin memperkenalkan salah satu iPhone tanpa ruangan pengecas – dan memfokuskan pengecas nirwayar MagSafe sepenuhnya.

Sekiranya semua desas-desus ini tepat, tidak mustahil kita melihat rekaan iPhone generasi baharu pada 2022 yang hadir tanpa sebarang port dan slot.

komen


© Amanz / 2022 Kami