Instagram Akan Menyatukan Semua Perkongsian Video Dibawah Reels Pada 2022

Diterbitkan pada Dis 29, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Instagram telah dimulakan dengan fokus terhadap perkongsian berbentuk gambar melalui aplikasi khusus untuk iPhone. Sejak daripada itu, Instagram telah berkembang dengan pesat, termasuk diambil-alih oleh Facebook yang kini dikenali Meta.

Bergerak ke 2022, Instagram kini mengatakan mereka akan lebih memfokuskan kepada perkongsian video. Instagram kini bukan lagi aplikasi perkongsian gambar semata-mata, sebaliknya telah mula menekankan ciri-ciri video – termasuk pada Stories, pada Feed, mahupun melalui Reels.

Menurut pihak Instagram, pada 2022 mereka akan turut menyatukan semua produk video dibawah Reels. Ini mungkin bermakna kita akan turut dapat melayari dan melihat pelbagai video yang diterbitkan melalui Reels – tanpa pecahan pelbagai bahagian seperti pada hari ini.

Instagram juga akan memfokuskan arena permesejan, dan ingin menjadikannya sebagai salah satu aplikasi utama untuk interaksi antara kawan-kawan.

Tidak ketinggalan, pihak Instagram turut berkongsi mengatakan mereka akan meneruskan fokus terhadap penerbit kandungan, selain lebih terbuka dalam pelbagai perkara pada 2022 kelak.

komen


© Amanz / 2022 Kami