Carian
AMD, MSI Juga Tidak Akan Menyertai CES 2022
December 29, 2021 Nazrin

Senarai syarikat-syarikat yang tidak akan menyertai acara tahunan CES 2022 secara fizikal dilihat semakin panjang dari hari ke hari. Terkini, ia dilihat bahawa AMD dan MSI telah menarik diri daripada menyertai acara tersebut secara fizikal.

Menurut Reuters, jumlah kes positif COVID-19 dilihat mencecah 200 ribut kes setiap hari, dan peratusan kes Omicron juga sangat tinggi, dan oleh kerana ini, kedua-dia syarikat tersebut mengeluarkan kenyataan bahawa mereka tidak akan menghadiri acara tersebut.

Walaupun begitu, mereka masih lagi akan melancarkan produk-produk baru mereka secara atas-talian, dimana AMD dilihat akan melancarkan siri CPU dan kad grafik baru di acara tersebut. MSI pula dilihat akan melancarkan sejumlah siri komputer riba, desktop dan pelbagai aksesori-aksesori baru juga sewaktu acara tersebut.

Pihak penganjur acara CES dilihat mengesahkan bahawa mereka hanya akan membenarkan pengunjung yang sudah divaksinasi dan memakai topeng sahaja untuk memasuki kawasan-kawasan acara untuk mengurangkan kadar jangkitan wabak tersebut.

Sumber: Reuters

Komen