Xiaomi PaiPai 4K Menyiarkan Kandungan Komputer Ke TV Secara Nirwayar Tanpa Internet

Diterbitkan pada Dis 29, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Apabila melakukan pembentangan di pejabat, kabel HDMI berselirat lebih-lebih lagi sekiranya anda mengguna penyesuai. Xiaomi PaiPai 4K ialah dongal yang dipasang pada komputer yang membolehkan kandungan dipaparkan pada TV secara nirwayar dan tanpa rangkaian Internet.

Ia adalah model kemas kini untuk PaiPai asal yang dilancarkan setahun lalu yang hanya menyokong paparan sehingga 720P sahaja. Pada PaiPai terkini, ia menyokong sehingga resolusi 4K 30FPS. Dongak tidak memerlukan Internet untuk berfungsi. Sebaliknya ia menghasilkan rangkaian sendiri yang menggunakan protokol 5G.

Pengguna hanya perlu menyambungkan pemancar pada komputer riba dan penerima isyarat di belakang TV. Selain TV ia turut boleh digunakan pada projektor dan monitor komputer. Xiaomi PaiPai dijual pada harga RMB 499 (~RM 327).

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2022 Kami