Carian
Touch ‘n Go eWallet Telah Menderma Hampir RM26 Juta Sepanjang 2021
December 29, 2021 Fahim Zahar

Touch ‘n Go sedia mempunyai dompet digital tersendiri. Melaluinya banyak manfaat ditawarkan kepada pengguna selain memudahkan lagi urusan harian. Hanya imbas dan bayar atau cari nombor telefon.

Terbaru, TnG berkongsi yang platform mereka TnG eWallet telah menyumbangkan duit sebanyak RM25,700,000 sepanjang tahun ini.

Kempen Kongsi Rezeki sebanyak RM50,000 dikeluarkan, Merdeka from Covid-19 pula sebanyak RM150,000, sumbangan banjir pula RM1.4 juta dan sumbangan harian pula telah mencapai RM24 juta menjadikan jumlah keseluruhan menghampiri 26 juta Ringgit Malaysia.

Sumbangan ini bukan 100% daripada TnG sendiri, malah turut terkumpul daripada pengguna sendiri yang menyumbang terus kepada mereka yang memerlukan daripada dalam aplikasi.

Komen