Arena esukan terus menjadi popular dari hari ke hari, dengan penawaran wang hadiah jutaan ringgit, selain sejumlah syarikat yang ditubuhkan dengan fokus sepenuhnya dalam perkembangan arena esukan.
Menyedari industri baharu ini, di Jepun, sebuah sekolah menengah khas memfokuskan esukan dibuka, dinamakan Esports Koutou Gakuin. Sekolah esukan ini dibiayai oleh syarikat telekomunikasi Jepun, NTT, selain kelab bola Jepun, Tokyo Verdy.
Menariknya, pelajar yang menyertai sekolah ini turut akan mempunyai akses kepada peralatan komputer berkuasa, Galleria XA7C-R37 dijana Intl Core i7-11700 serta kad grafik RTX 3070.
Para pelajar akan turut mengikuti kurikulum sekolah biasa, bersama-sama dengan latihan esukan meliputi pelbagai variasi permainan. Sekolah menengah esukan ini akan beroperasi bermula April 2022 ini di Shibuya, Tokyo.