Meta Dilihat Mengambil Lebih 100 Jurutera Apple Sejak Beberapa Bulan Lalu

Diterbitkan pada Dis 29, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Walaupun Apple dilihat sebagai salah sebuah syarikat teknologi paling bernilai hari ini, mereka juga dilihat menghadapi masalah pekerja dimana ramai daripada jurutera mereka dilihat telah diambil oleh syarikat-syarikat teknologi lain, khususnya Meta.

Laporan Bloomberg mengatakan bahawa sejak beberapa bulan yang lalu, Meta dilihat telah mengambil lebih 100 jurutera Apple yang rata-ratanya dari bahagian pembangunan silikon, peranti dan juga perisian. Walaupun Apple juga dilihat mengambil beberapa pengurus daripada Meta, jumlah ini telah memaksa Apple untuk membuat langkah drastik untuk mengekalkan jurutera-jurutera mereka.

Sejumlah jurutera Apple yang dilihat paling berbakat telah diberi stok syarikat bernilai $50 ribu hingga $180 ribu. Stok-stok ini hadir dengan tempoh matang empat tahun, dan ini diharap akan memberi insentif kepada mereka supaya mereka kekal dengan syarikat tersebut.

Apple dilihat mahu memasuki arena kecerdasan buatan, realiti maya dan terimbuh, dan ini memperlihatkan syarikat-syarikat seperti Meta sebagai lawan kepada Apple tidak lama lagi. Meta, yang memiliki syarikat peranti realiti maya Oculus turut memperkenalkan dunia Metaverse mereka, yang dijangka akan menjadi masa hadapan baru arena internet kelak.

Sumber: Bloomberg

komen


© Amanz / 2022 Kami