Cari @ Amanz

Shopee, platform jual-beli yang popular di Malaysia, kini turut telah menambah sebuah ciri pembayaran baharu, iaitu menggunakan Google Pay.

Google Pay merupakan perkhidmatan pembayaran yang disediakan oleh Google, dan diguna-pakai oleh ramai pengguna Android untuk tujuan pembelian di Google Play Store, atau perkhidmatan seperti Google One.

Melalui Shopee, pengguna terus boleh memilih pilihan pembayaran Google Pay, dan seterusnya ia akan membawa kepada skrin pembayaran menggunakan kad atau baki di akaun Google Pay anda.

Selain Google Pay, Shopee juga menawarkan pembayaran melalui platform seperti perbankan internet, kad kredit, kad debit, ShopeePay, atau pembayaran di kedai runcit secara tunai.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd