Cari @ Amanz

Goodyear telah mengeluarkan tayar untuk kenderaan sejak 1898. Penglibatan mereka dalam sukan F1 dikatakan adalah bagi mengumpul data bagi menghasilkan tayar yang lebih baik untuk kereta di luar litar. Selepas 124, Goodyear akhirnya melancarkan ElectricDrive GT yang merupakan tayar pertama mereka yang direka khas untuk kereta elektrik.

ElectricDrive GT mempunyai beberapa perbezaan dengan tayar kenderaan enjin bahan api fosil. Pertama sekali rekaan bunga tayar dioptimasikan untuk cengkaman dan pecutan pantas kerana ia adalah kelebihan kenderaan elektrik yang paling ketara.

Kedua tayar perlu lebih senyap ketika beroperasi kerana tiada bunyi enjin untuk meredam bunyi tayar yang biasanya bising. Teknologi SoundComfort Technology digunakan untuk mengurangkan bunyi. Tayar Goodyear ElectricDrive GT akan dipasarkan di Amerika Syarikat terlebih dahulu dalam saiz  255/45-19. Rekaan akhir tayar yang digunakan adalah berbeza dengan beberapa prototaip tayar kereta elektrik yang diperlihatkan oleh Goodyear sebelum ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd