Cari @ Amanz

Sebuah lagi NFT dilancarkan kali ini oleh lagenda muzik metal Ozzy Osbourne yang merupakan penyanyi kumpulan Black Sabbath. Walaupun usia sudah mencecah 73 tahun, Ozzy masih mahu berjinak-jinak dengan dunia NFT. Oleh itu siri NFT CryptoBatz yang teridiri daripada 9,666 kelawar kripto telahpun dilancarkan.

Yang menjadikan CryptoBatz unik ialah, setiap NFT boleh membiak dan bermutasi apabila berinteraski antara satu sama lain atau NFT dari Bored Ape Yacht Club, SupDucks, Cryptotoadz dan MutantBatz. Setiap CryptoBatz boleh menggigit NFT lain hanya sekali untuk menghasilkan sebuah NFT baharu. Tetapi dalam koleksi CryptoBatz terdapat juga AncientBatz yang boleh menggigit sebanyak 99 kali untuk menghasilkan lebih banyak variasi NFT berlainan.

Konsep NFT yang boleh membiak dan bermutasi ini adalah unik di dalam dunia NFT yang kini hampir kesemuanya kelihatan seperti beruk dua serupa. Jualan CryptoBatz akan dibuka pada Februari 2022 kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd