BlackBerry OS Akan Ditamatkan Perkhidmatan Pada Minggu Hadapan, 4 Januari 2022
December 30, 2021
BlackBerry
Aman
BlackBerry sedia mempunyai sistem operasi tersendiri yang ditawarkan bersama peranti keluaran mereka beberapa tahun dahulu – iaitu BlackBerry OS dan juga BlackBerry 10.
Kini, selepas bertahun tiada peranti baharu berasaskan sistem berkenaan ditawarkan, BlackBerry kini mengumumkan perkhidmatan BlackBerry 10 dan BlackBerry OS akan ditamatkan pada 4 Januari 2022 kelak.

Dengan langkah ini, sejumlah perkhidmatan tidak akan dapat digunakan atau berjalan lancar – termasuk penggunaan data, panggilan teelefon, termasuk aplikasi seperti BlackBerry Link.
Bagi pengguna peranti BlackBerry berasaskan Android, anda tidak terjejas dengan perubahan dan penamatan perkhidmatan ini.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.