Cari @ Amanz

Honor Magic V bakal menjadi peranti boleh-lipat keluaran Honor. Ia dijangka tiba sekitar Januari hadapan dengan beberapa elemen rekaan yang menyerupai sebuah Samsung Galaxy Z Fold sebelum ini. Antara tumpuan utama yang bakal diketengahkan pada peranti kelak adalah skrin yang bersaiz besar untuk pengalaman seakan tablet. Di samping itu, ia juga bakal menjadi antara peranti yang disertakan dengan Snapdragon 8 Gen1 sebagai tunjang utama.

Seterusnya, paparan luar dan dalam peranti juga akan menyokong fungsi kadar segar semula yang tinggi. Di mana, satu skrin adalah 90Hz, manakala satu lagi skrin menyokong kadar segar semula 120Hz. Peranti juga akan mempunyai skrin melengkung di sisi dan berlubang di bucu kanan untuk paparan utama. Sementara itu, skrin sekunder turut menampilkan skrin melengkung tetapi kedudukan untuk kamera swafoto adalah di tengah. Turut melengkapi peranti adalah sokongan kamera dengan sensor utama 50MP yang diletakkan pada bonggol kamera yang sedikit timbul di belakang peranti.

Menurut laporan terdahulu, Honor Magic V kelak bakal tiba dengan kemasan yang menarik. Di samping itu, ia juga bakal menjalankan sistem operasi Android 12 yang dibina berasaskan antara muka Magic UI. Di samping, sokongan bateri yang menyokong pengecasan pantas 66W. Buat masa ini, masih belum ada sebarang tarikh khusus pelancaran yang dikongsi buat masa ini.

Sumber : Weibo

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd