TSMC Dilaporkan Bersedia Untuk Pengeluaran Cip 2nm Menjelang 2025

Diterbitkan pada Dis 30, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Pada hari ini, kita sedia melihat cip berasaskan binaan teknologi 5nm digunakan meluas, selain MediaTek telah pun mengumumkan cip 4nm mereka – yang dijangka digunakan meluas bermula 2022 kelak.

Bergerak kehadapan, syarikat pengeluar cip terkemuka, TSMC kini dilaporkan telah bersedia untuk pengeluaran cip berasaaskan 2nm dalam latar masa mereka.

Dengan nod pemprosesan lebih kecil, ia sekaligus memuatkan lebih banyak transistor dalam cip, membawa kepada tenaga pemprosesan berkuasa, serta penggunaan tenaga yang efisien.

TSMC kini dilihat sedang mencari fasiliti pengeluaran kedua untuk menampung pengeluaran cip berasaskan 2nm. Seperti ramai sedia maklum, selain ruangan bersaiz besar, pengeluaran cip juga menggunakan penggunaan air yang sangat banyak. Ini sekaligus memerlukan TSMC mencari tapak yang bersesuaian untuk dapat menampung operasi mereka.

Buat masa ini, TSMC merancang pengeluaran pukal untuk cip 3nm menjelang pertengahan kedua 2022 kelak, dan pengeluaran cip 2nm dijangka dilakukan pada 2025 kelak.

Selain TSMC, Samsung juga dilihat mempunyai latar masa pengeluaran yang lebih kurang sama.

komen


© Amanz / 2022 Kami