Cari @ Amanz

Walaupun ada banyak cara untuk kita mengelakkan diri daripada terdedah kepada beberan filem atau siri TV di media sosial. Cara paling susah untuk elak adalah daripada dalam aplikasi permesejan. Ada sahaja rakan-rakan atau ahli keluarga yang dengki untuk rosakkan pengalaman menonton.

Telegram Beta 8.4 kini membenarkan pengguna pilih teks yang ada beberan dan tetapkan sebagai Spoiler. Mesej yang dihantar akan mempunyai lapisan animasi seakan Invisible Ink dalam iMessage melindungi teks yang ada beberan tadi. Mudah sahaja, cara guna adalah sama jika anda ingin mengubah teks menjadi bold atau italic.

Kemudian, dalam versi yang sama pengguna turut boleh memberi reaksi emoji kepada setiap mesej. Mirip pada Facebook dan Twitter. Cuma pada Telegram, reaksi emoji adalah lebih ceria dengan ada animasi yang lebih menarik.

Jika anda ingin mencubanya, anda boleh muat turun di pautan bawah. Menarik sekali, anda turut boleh pasang versi beta dan stabil serentak pada peranti yang sama dengan nombor yang sama.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd