Bagaimana Menggunakan ShopeePay Untuk Beli Di Google Play Store?

Diterbitkan pada Dis 30, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Google Play Store merupakan gedung aplikasi dan permainan yang digunakan pada telefon Android. Melaluinya, ia menawarkan aplikasi percuma, dan juga berbayar.

Untuk aplikasi berbayar, beberapa medium pembayaran disediakan, termasuk salah satu yang terbaru adalah menggunakan ShopeePay.

Untuk menambah medium pembayaran kredit daripada ShopeePay, anda hanya perlu ke halaman utama Google Play Store, dan kemudian klik pada ikon gambar anda.

Selepas itu, klik pada Payments and Subscriptions, dan seterusnya pilih Payment Methods. Pada halaman baharu berkenaan, anda akan dipaparkan dengan pilihan “Add ShopeePay”.

Tap padanya, dan anda akan dibawa ke halaman pengesahan di ShopeePay, sebelum diaktifkan ciri berkenaan.

Sebaik sahaja selesai, anda boleh memilih ShopeePay daripada pilihan pembayaran atau langganan aplikasi atau permainan.

Mudah bukan? Selain ShopeePay, anda juga turut boleh menambah TNG eWallet sebagai medium pembayaran pada Google Play Store, dan tidak lagi perlu risau ketiadaan kad kredit atau debit untuk pembelian.

komen


© Amanz / 2022 Kami