Apple Dianugerahkan Paten Sensor Optikal Bagi Menggantikan Tombol Apple Watch

Diterbitkan pada Dis 30, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Apple Watch pada hemat saya adalah antara jam tangan pintar yang cukup hebat. Ia serba lengkap dan mempunyai pengalaman penggunaan yang memuaskan, kecuali pada bahagian bateri. Keunikan Apple Watch turut terletak pada tombol kawalan berputar yang mereka panggil – Digital Crown.

Pattently Apple baru-baru ini melaporkan yang Apple telah dianugerahkan paten sensor optikal pada Apple Watch untuk kawalan gestur. Sensor ini dikatakan akan menggantikan tombol kawalan berputar ikonik mereka. Melaluinya, pengguna perlu mengawal dengan pelbagai gestur sentuhan seperti tekan dan tahan, tekan dua kali, dan lain-lain.

Sumber turut menyatakan yang dalam dokumen paten ini, sensor optikal ini turut mampu mengesan pergerakan dan pengguna turut boleh melakukan kawalan melaluinya. Kemudian memandangkan ia adalah sensor optikal, dan sentuhan – maklum balas getaran haptik pasti akan dikekalkan.

Sensor optikal ini turut dikatakan boleh membaca imbasan nadi dan bacaan data lain, seperti ECG yang sebelum ini jari pengguna perlu diletakkan di permukaan tombol. Apple Watch Series 7 yang dilancarkan tahun ini tidak menggunakan rekaan yang tertiris, iaitu rata di keliling, segi empat mengikut rekaan iPhone 12/13. Paten ini mungkin membolehkan Apple menggunakan rekaan ini? Sama-sama kita nantikan.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2022 Kami