Cari @ Amanz

Siri iQOO 9 akan dilancarkan di China pada 5 Januari hadapan. Ia merupakan model kemas kini untuk rangkaian peranti mercu oleh iQOO dan bakal ditawarkan dalam beberapa variasi berbeza – salah satu daripadanya adalah iQOO 9 Pro.

Perkongsian terkini di Weibo menunjukkan peranti akan menampilkan rekaan skrin hadapan sejenis melengkung pada bahagian sisi kiri dan kanan. Seterusnya, skrin juga akan dilengkapi panel LTPO AMOLED dengan resolusi 2K. Seterusnya, terdapat juga potongan lubang di tengah untuk kamera swafoto bersama penggunaan saiz bezel yang seimbang pada kesemua bahagian sisi. Peranti juga menyokong beberapa fungsi tambahan lain seperti kadar segar semula 120Hz, sokongan warna 10-bit secara menyeluruh dan ketumpatan piksel 517ppi.

Tidak habis di situ, pengimbas cap jari ultrasonik turut akan digunakan untuk tujuan sekuriti peranti ini. Pada masa sama, ia juga akan mempunyai pembesar suara, port sambungan USB-C dan ruang untuk slot SIM pada bahagian bawah. Sebagai tambahan, pengecasan pantas berwayar 120W dan nirwayar 50W turut akan digunakan untuk tujuan proses pengecasan peranti lebih pantas.

Sumber : Weibo

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd