Cari @ Amanz

Lenovo tidak akan menghadiri acara CES 2022 secara fizikal, tetapi ia tidak bermakna bahawa mereka tidak akan memperkenalkan peranti-peranti baru secara digital dan atas talian sepanjang acara tersebut. Terkini, sejumlah besar rekaan komputer-komputer riba, dari siri ThinkPad, ThinkBook dan Lenovo Legion telah tertiris ke arena internet tidak lama sebelum acara tersebut.

Laman web mspoweruser memperlihatkan rekaan sejumlah besar komputer riba yang mungkin akan diperlihatkan sewaktu acara tersebut tidak lama lagi. Butiran khusus mengenai komputer-komputer riba ini tidak diketahui, tetapi ia disahkan bahawa komputer-komputer riba ini akan digerakkan oleh cip pemprosesan Intel Alder Lake untuk komputer riba dan juga APU AMD Rembrandt yang akan diperkenalkan sewaktu acara tersebut juga.

Lenovo ThinkBook 16 Gen 4

Lenovo ThinkPad X1 Carbon Gen 10

Lenovo ThinkPad X1 Nano Gen 2

Lenovo ThinkPad X1 Yoga Gen 7

Lenovo Yoga 6 Gen 7

Lenovo ThinkPad Plus

Lenovo ThinkPad Z

Dua model komputer riba yang dilihat baru dalam portfolio Lenovo dilihat ialah Lenovo ThinkPad Plus yang hadir dengan paparan skrin digital, seperti apa yang diperlihatkan pada beberapa komputer riba ASUS sebelum ini, dan juga Lenovo ThinkPad Z yang hadir dengan rekaan sedikit lebih tebal, memperlihatkan kemungkinan bahawa ia akan dikuasakan komponen-komponen CPU dan GPU yang lebih berkuasa.

Juga diperlihatkan ialah siri komputer riba gaming Lenovo Legion 5 Gen 7 dan Lenovo Legion 5 Pro Gen 7 yang hadir dengan penawaran paparan skrin bersaiz 15 dan 16 inci dengan resolusi Full HD dan kadar segar semula sehingga 144Hz.

Dari segi penawaran komponen, mspoweruser turut mengatakan bahawa komputer riba siri Legion baru ini akan dikuasakan penawaran CPU Intel Core i7-12800H dan AMD Ryzen 7 6800H. Untuk pilihan GPU pula, ia mungkin akan hadir dengan penawaran NVIDIA GeForce RTX 3070 Ti yang akan diperlihatkan juga tidak lama lagi.

Sumber: mspoweruser

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd