Microsoft Teams Mengemaskini Fungsi Mengangkat Tangan Dengan Ciri Urutan Nombor

Diterbitkan pada Dis 30, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Ciri mengangkat tangan dalam sesi telesidang bukanlah suatu ciri yang baru, tetapi dalam sesi telesidang yang sarat dengan orang yang mempunyai pelbagai pertanyaan, khususnya dalam persidangan ataupun kelas atas talian, ia adalah sukar untuk pengelola sesi untuk melihat siapakah yang menaikkan tangan untuk menanyakan soalan terlebih dahulu.

Terkini, Microsoft Teams dilihat telah mengemaskini fungsi tersebut dengan kemaskini urutan menaikkan tangan yang sedikit sebanyak akan membolehkan pengelola sesi untuk memberi laluan kepada mereka yang menaikkan tangan terlebih dahulu.

Tangkapan layar memperlihatkan angka giliran mereka yang mengangkat tangan, dimana pengelola sesi telesidang kemudiannya boleh membenarkan sesi soal-jawab secara video dan audio mengikut urutan dan mudah.

Kemaskini fungsi ini juga dilihat hadir pada semua platform Microsoft Teams, termasuklah untuk Windows, Android dan iOS.

Sumber: mspoweruser

komen


© Amanz / 2022 Kami