Realme Bakal Hadir Dengan Telefon Edisi “Dragon Ball Z” Pada Minggu Hadapan

Diterbitkan pada Dis 30, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Realme menjadualkan pengenalan telefon pintar baharu pada awal Januari ini, dan selarai dengannya, kini Realme turut mengacah pengenalan telefon pintar edisi khas bertemakan Dragon Ball.

Seperti ramai sedia maklum, Dragon Ball merupakan salah satu anime yang diminati ramai pengguna, dan masih kekal popular sehingga kini. Pada masa yang sama, ia juga mungkin mengamit kembali memori ramai di seluruh dunia.

Realme menjadualkan pengenalan telefon pintar Realme GT2 Pro pada 4 Januari 2022 ini, dimana ia turut dijangka hadir dengan rekaan dan binaan yang menarik.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan pengenalan telefon mercu Realme baharu, termasuk edisi khas Dragon Ball ini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2022 Kami