Cari @ Amanz

TorrentFreak kini telah mengeluarkan senarai siri-TV yang paling banyak di torrent pengguna seluruh dunia, dan menerajui senarai berkenaan adalah siri dari perkhidmatan penstriman Disney+ Hotstar, iaitu Wandavision.

Ia diikuti oleh Loki, dan The Witcher, seterusnya dengan siri The Falcon and The Winter Soldier pada tangga ke-4, dan pada tangga kelima adalah Hawkeye.

Seperti dapat dilihat, majoriti siri yang dimuat-turun melalui BitTorrent adalah siri-siri daripada perkhidmatan penstriman Disney+ Hotstar.

Dengan pelbagai perkhidmatan penstriman berbeza, dan tidak semua pengguna melanggan setiap perkhidmatan, ia dilihat pengguna kembali memilih untuk memuat-turun secara torrent.

Menurut kiraan TorrentFreak juga, sekiranya mengambil kira keseluruhan siri tanpa mengira episod, siri Money Heist dan Squid Game turut dilihat memasuki senarai 10 siri teratas yang dimuat-turun secara torrent.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd