Portable Apps Mencatatkan 1 Bilion Muat-Turun Aplikasi

Diterbitkan pada Dis 31, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Portable Apps merupakan salah satu aplikasi yang memudahkan pengguna memuat-turun perisian yang kerap digunakan, dan memasangnya pada pemacu USB – sekaligus membolehkan anda membawa ia kemana-mana dan menggunakannya dengan mudah, tanpa perlu melakukan pemasangan aplikasi baharu pada komputer.

Terbaru, pembangun PortableApps mengumumkan mereka kini mencatatkan 1 bilion muat-turun aplikasi melalui mereka.

Untuk makluman, PortableApps hanya menawarkan perisian berbentuk percuma atau sumber terbuka sahaja, dan turut boleh disync melalui awanan.

Bagi anda yag ingin mencuba, boleh memuat-turun PortableApps hari ini pada pemacu USB anda.

Muat-Turun PortableApps

komen


© Amanz / 2022 Kami