Samsung pada awalnya telah memperlihatkan prototaip pertama telefon dengan skrin boleh-lipat pada 2011 yang lepas, sebelum memasarkan peranti pertama sekitar tiga tahun lepas. Sejak daripada itu, arena telefon boleh-lipat telah berubah, dan memperlihatkan penyertaan ramai pihak.
Samsung kini mengatakan tahun 2021 menyaksikan peningkatan pengeluaran dan pemasaran telefon boleh-lipat sehingga 4 kali ganda berbanding dengan 2020, sekaligus mengatasi analisa pelbagai pihak.
Malah, Samsung turut mengatakan jualan Galaxy Z Fold3 dan juga Galaxy Z Flip3 berjaya mengatasi jualan keseluruhan peranti boleh-lipat Samsung tahun lepas dalam bulan pertama jualan pada tahun ini.
Samsung turut menyasarkan peningkatan permintaan untuk telefon boleh-lipat meningkat sehingga 10 kali ganda pada 2023 kelak.
Hal ini juga selari dengan penyertaan pelbagai pihak dalam arena ini, termasuk Huawei, Xiaomi, dan juga paling terbaru adalah Oppo.