Carian
Samsung Mengacah Pengenalan Cip Exynos Dengan GPU AMD RDNA 2 Pada 11 Januari 2022
December 31, 2021 Aman

Samsung sebelum ini sedia mengumumkan kerjasama dengan pihak AMD, dalam mengintegrasikan teknologi grafik AMD RDNA 2 ke dalam cip keluaran Samsung, Exynos.

Terbaru, kini Samsung dilihat akhirnya telah siap membangunkan cip generasi baharu mereka, dan bersedia untuk berkongsi lanjut berkenaan dengannya pada 11 Januari 2022 kelak.

https://www.youtube.com/watch?v=Ylw4A-GS04Q

Cip Samsung ini dijangka akan dinamakan Exynos 2200, da bakal menguasakan telefon pintar – sekaligus menawarkan keupayaan grafik seumpama pada konsol.

Berkemungkinan besar juga, kita akan dapat melihat cip pemprosesan ini menjana telefon pintar mercu baharu Samsung, iaitu Galaxy S22.

Sama-sama kita nantikan 11 Januari ini untuk mengetahui lanjut berkenaan cip mercu terbaru Samsung.

https://twitter.com/SamsungExynos/status/1476538563235831810
Komen