Polis kini berjaya menumpaskan kegiatan melombong Bitcoin secara haram di Perak, melibatkan rampasan sebanyak 1720 mesin melombong Bitcoin.
Setiap mesin ini dianggar bernilai sekitar RM2,000 setiap satu, sekaligus menjadikan nilai rampasan bersama barangan lain bernilai kira-kira RM3.5 juta. Selain mesin melombong Bitcoin, sebuah kenderaan Hilux, 15 unit monitor dan 22 unit CPU turut dirampas.
Operasi melombong secara haram ini dikatakan dilakukan di 30 premis rumah kedai. Kegiatan melombong secara haram ini juga dilihat mengakibatkan Tenaga Nasional Berhad kerugian sebanyak RM2 juta disebabkan turut menggunakan bekalan elektrik secara haram.
PDRM Perak mengatakan akan terus mempertingkatkan usaha dalam menjalankan operasi dan serbuan, serta tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak dalam membendung kegiatan kecurian arus elektrik.