Carian
Bagaimana Jam Tangan Pintar Dengan Sokongan Seperti Oksimeter Berfungsi?
January 25, 2022 Syafia Hani

Disebabkan wabak berjangkit yang sedang melanda dunia sekarang ini, pelbagai institusi kesihatan mula menyarankan untuk setiap keluarga menyediakan oksimeter di rumah masing-masing. Hal ini adalah bertujuan untuk memantau kesihatan masing-masing.

Namun, tahukah anda terdapat beberapa model jam tangan pintar yang mempunyai fungsi seumpama oksimeter yang sudah siap terbina? Antaranya adalah siri Garmin Venu 2. Dengan memiliki jam tangan pintar ini, kita boleh menggunakannya sebagai bukan sekadar jam pintar biasa sahaja, tetapi mempunyai fungsi-fungsi yang bagus untuk memantau kesihatan kita.

Apa Itu Oksimeter Dan SpO2?

Sebelum itu, saya akan terangkan apa itu oksimeter dan bagaimana ia membantu kita untuk sentiasa berjaga-jaga terutamanya ketika pandemik Covid-19. Oksimeter adalah alat yang berfungsi untuk memantau jumlah pengaliran oksigen di dalam darah (SpO2). Ia bukan sahaja boleh mengesan simptom-simptom Covid-19, tetapi juga boleh mengesan simptom awal bagi masalah jantung, jangkitan saluran pernafasan, serangan asthma dan sebagainya. Kebiasaannya, alat ini akan dipasang dihujung jari dan ia akan menunjukkan kadar nadi anda dan peratusan oksigen dalam badan.

Satu sesi temu ramah bersama seorang doktor kecemasan dan juga pempengaruh kesihatan iaitu Dr Malar telah dijalankan. Beliau menyatakan bahawa bacaan SpO2 adalah penting dan setiap individu perlu ambil tahu tentangnya sebagaimana kita semua ambil tahu tentang berat badan, tinggi dan tekanan darah sekurang-kurangnya sekali sehari. Tetapi, diwaktu pandemik ini penting untuk kita sentiasa menyemak tentang kadar SpO2 setiap hari terutama sekali jika anda mempunyai simptom-simptom atau menjadi kontak rapat. Jika anda dalam kategori ini, anda disarankan untuk menyemak kadar SpO2 anda 4 kali sehari.

Tetapi, Bagaimana Oksimeter Ini Berfungsi Pada Siri Jam Tangan Pintar Venu 2? Ini Adalah Jawapannya.

Untuk pengetahuan anda, fungsi sebegini bukan hanya ada pada siri Garmin Venu 2 sahaja, malah ia turut hadir di kebanyakan jam tangan Garmin sebelum ini. Pada jam tangan Garmin ini, fungsi seakan Oksimeter ini dikenali sebagai Pulse Ox. Fungsi ini menggunakan kombinasi sensor lampu merah dan infra merah pada bahagian belakang jam tangan untuk memantau kandungan SpO2 dalam badan anda.

Melalui sokongan pemantauan SpO2 ini, ia membolehkan kita untuk sentiasa berjaga-jaga dan sedar dengan perubahan yang badan kita sedang alami. Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), bacaan kandungan oksigen dalam darah yang normal adalah bermula daripada 96% dan ke atas. Jadi, sekiranya bacaan pada jam tangan ini menunjukkan bacaan di bawah 96%, anda perlu merujuk kepada doktor untuk mendapatkan nasihat dan konsultasi tentang kesihatan anda.

Untuk menggunakan fungsi Pulse Ox ini, anda perlu menekan butang pada bahagian atas kanan muka jam untuk menghidupkannya dan pilih bahasa yang anda selesa gunakan. Antaramuka jam ini kemudiannya akan memberi notifikasi untuk sambungkannya kepada telefon pintar anda. Apabila anda setuju, aplikasi Garmin Connect akan dimuat turun pada siri Garmin Venu 2 anda. Bagi kegunaan aplikasi ini pada telefon pintar pula, anda boleh memuat turun aplikasi ini seperti biasa. Selepas selesai memuat turun, anda boleh log masuk aplikasi dan hanya perlu mengikut langkah-langkah yang diberikan untuk sambungkan jam tangan pintar ini kepada telefon pintar anda.

Untuk mulakan pemantauan, anda perlu memastikan pemakaian jam tangan ini berada atas daripada tulang pergelangan tangan anda dan tidak longgar, tangan tidak terlalu sejuk, tidak memakai bahan kimia lain seperti krim pelindung matahari, penghalau serangga dan sebagainya. Untuk mendapatkan bacaan oksimeter ini, anda hanya perlu menatal pada antaramuka jam dan memilih fungsi Pulse Ox.

Semasa bacaan sedang dilakukan, anda digalakkan untuk duduk dalam keadaan bertenang sekurang-kurangnya 2 minit sebelum memulakan bacaan, tidak melakukan pergerakkan selama 60 saat dan letakkan siri Venu 2 ini juga sama paras dengan jantung anda bagi mendapatkan ketepatan bacaannya. Selepas selesai membuat pembacaan, anda hanya perlu sentuh pada permukaan jam untuk melihat data yang telah direkod. Anda juga boleh memilih masa untuk merekod kandungan oksigen dalam badan ini mengikut kehendak anda, sama ada hanya pada waktu-waktu tertentu atau sepanjang hari.

Fungsi-Fungsi Menarik Lain Yang Ada Pada Siri Garmin Venu 2

Antara fungsi-fungsi lain yang jam tangan pintar ini juga dapat lakukan adalah:

i) memantau kesihatan jantung, kecergasan anda dan banyak lagi fungsi yang melibatkan kesihatan, dan ringkasan kesihatan anda juga akan dipaparkan melalui fungsi Health Snapshot.

ii) membuat ramalan umur tentang kemampuan tubuh badan anda untuk melakukan aktiviti kecergasan

iii) merekod data kecergasan dan mencadangkan jenis-jenis latihan yang diperlukan untuk anda mencapai sasaran yang diingini.

iv) dapat mengikuti lebih daripada 12 kelas-kelas kecergasan yang tersedia seperti yoga, Pilates, dan senamrobik dengan bimbingan secara langsung melalui skrin jam tangan siri Venu 2.

v) dapat menerima notifikasi panggilan masuk, mesej, emel dan sosial media secara langsung terus melalui jam tangan anda.

vi) anda juga boleh meletakkan nombor-nombor telefon penting dan penjejak GPS sekiranya berlaku kecemasan.

Kesimpulan

Memang benar kita tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada jam tangan pintar sahaja untuk memeriksa kandungan oksigen dalam darah. Tetapi, kita boleh jadikan jam tangan pintar ini sebagai alat pemerhatian untuk kandungan oksigen dalam darah yang pertama sebelum kita membuat pengesahan semula menggunakan peranti perubatan yang telah disahkan oleh KKM. Ini kerana, jam tangan pintar yang mempunyai fungsi seperti oksimeter ini mudah dibawa kemana-mana dan sentiasa ada dengan kita apabila memakainya.

Malah, perkara ini juga telah dipersetujui oleh Dr Malar dan beliau mencadangkan untuk memilih jam tangan yang mempunyai fungsi oksimeter dengan sokongan bacaan yang tepat, dan Garmin Venu 2S adalah model jam tangan pintar yang disyorkan olehnya. Ini kerana ia bukan sekadar mempunyai ketepatan bacaan yang tepat, malah ia juga mempunyai ketahanan bateri sehingga 10 hari lamanya.

Garmin Venu 2S adalah untuk anda jika anda inginkan rekaan jam dengan diameter yang lebih kecil. Hal ini kerana ia hadir dengan rekaan 1.1 inci AMOLED dan ketahanan bateri sehingga 10 hari penggunaan. Manakala jika anda lebih menyukai jam yang lebih besar, anda boleh memilih Garmin Venu 2 kerana ia mempunyai saiz muka jam 1.3 inci AMOLED dengan ketahanan bateri sehingga 11 hari.

Rekaannya juga boleh dikatakan agak menarik dan sesuai untuk dipadankan dengan bermacam-macam gaya. Boleh digunakan untuk bersukan dan boleh juga digunakan untuk aktiviti kasual. Oleh itu, sekiranya anda seorang yang gemar bersukan atau inginkan peranti yang boleh memantau kesihatan anda terutamanya di waktu pandemik ini, anda perlu meletakkan siri Garmin Venu 2 ini dalam senarai pembelian anda. Di Malaysia, jam tangan ini dipasarkan pada harga RM1,799 untuk kedua-dua model dan boleh mendapatkannya melalui pengedar-pengedar Garmin di seluruh Malaysia. Jadi, belilah siri Garmin Venu 2 iaitu satu siri jam tangan dengan fungsi untuk memantau kesihatan anda yang berguna terutamanya diwaktu pandemik ini.

Penafian : Advertorial daripada Garmin Malaysia

Komen