Shopee hari ini menyambut tahun baharu 2022 dengan mengadakan jualan 1.1. Namun, kini ia mengalami masalah teknikal, membuatkan ramai pengguna sukar mencapai laman jual-beli berkenaan, selain ShopeePay yang mengalami masalah teknikal.
Pihak Shopee mengesahkan perkara ini, dan mengatakan ShopeePay mengalami masalah teknikal. Pihak Shopee mengatakan mereka sedang berusaha membaik-pulih ia secepat mungkin.
Untuk makluman, masalah teknikal seperti ini sering berlaku ketika jualan bulanan mereka, namun ia seperti masih tidak diselesaikan sehingga kini dan sering berulang selalu.