CES 2022 Akan Ditamatkan Sehari Lebih Awal Berbanding Jadual Asal

Diterbitkan pada Jan 1, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Selepas sejumlah syarikat mengumumkan penarikkan diri daripada menyertai acara fizikal CES 2022 yang akan berlangsung minggu hadapan, kini pihak penganjur CES 2022 mengatakan acara berkenaan kini akan berlangsung antara 5 Januari ke 7 Januari 2022 sahaja – dan bukannya sehingga 8 Januari seperti jadual asal.

Dengan langkah ini, ia akan berakhir sehari lebih awal berbanding jadual asal. CES mengatakan ini adalah langkah tambahan kepada protokol keselamatan sedia ada yang dilaksanakan mereka.

Sebelum ini, pelbagai jenama dan syarikat terkemuka mengumumkan tidak akan menyertai acara fizikal CES 2022 disebabkan peningkatan penularan wabak Covid-19. Antara yang telah menarik diri adalah termasuk Intel, Lenovo, Google, MSI, OnePlus dan sebagainya.

CES turut menyatakan mereka akan menyediakan ujian Covid-19 di lokasi mengambil lencana masuk, selain meminta hadirin untuk melakukan ujian 24 jam sebelum memasuki lokasi CES.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2022 Kami