Cari @ Amanz

Kerajaan Malaysia hari mengumumkan penangguhan sementara kebenaran mengerjakan umrah ke Arab Saudi kerana risiko penularan wabak Covid-19. Penangguhan ini akan berkuatkuasa bermula 8 Januari 2022. Menurut Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin pagi ini, sepanjang 2021 sebanyak 2763 kes positif import dikesan di pintu masuk negara dan dari jumlah ini 1446 kes adalah dari kalangan pengembara yang datang dari Arab Saudi yang juga merupakan kes tertinggi berbanding Singapura (322), Indonesia (264) dan UK (217).

Sehingga 30 Disember yang lalu, lebih 11 ribu jemaah umrah telah pula ke negara dari serama 1306 atau 11.76% didapati positif Covid. Setakat ini terdapat 9 kluster jemaah umrah telah dikesan oleh pihak KKM. Keputusan penangguhan diambil oleh kerajaan selepas melakukan perbincangan dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Jabatan Wakaf Zakat dan Haji, Kementerian Pengangkutan, MKN, NADMA, Jabatan Imigresen Malaysia dan Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji.

Jemaah yang sudahpun membeli tiket sehingga 7 Januari 2022 dibenarkan berlepas untuk mengerjakan ibadah. Tetapi bermula 3 Januari ini kesemua jemaah yang kembali ke Malaysia akan diwajibkan melakukan kuarantin di stesen kuarantin atau hotel yang telah dikenalpasti oleh NADMA. Kebenaran melakukan kuarantin di rumah tidak lagi dibenarkan kerana kegagalan mematuhi SOP sebelum ini adalah penyebab wujudnya 9 kluster yang disebutkan tadi.

Sumber @KKMPutrajaya

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd