Bermula 1 Januari 2022, iaitu hari ini, Unifi TV dilihat menambah akses kepada perkhidmatan penstriman tanpa sebarang kos tambahan, mengikut pelan dan pek yang dilanggan.
Para pelanggan yang melanggan pek Ruby Plus akan menerima akses kepada iQiyi tanpa sebarang kos tambahan.
Begitu juga untuk pengguna pek Aneka Plus yang akan diberikan akses ke perkhidmatan penstriman Viu tanpa sebarang kos tambahan.
Untuk mereka yang melanggan pek Varnam Plus pula, anda akan diberikan akses kepada perkhidmatan penstriman Simply South.
Bagi anda yang melanggan pek Unifi TV berkenaan, boleh menebusnya melalui laman Unifi Activate, dan menikmati akses kepada perkhidmatan penstriman berkaitan tanpa kos tambahan bermula hari ini.